Skip to main content

Hari ini, Polyphony Digital bersama Sony Interactive Entertainment akhirnya mengumumkan kemaskini terbaru buat permainan perlumbaan Gran Turismo Sport seperti mana yang mereka janjikan pada November lepas. Kemaskini 1.10 dan 1.09 juga diumumkan bersempena dengan bulan perayaan Krismas yang mana mereka menyertakan sebilangan kenderaan baru secara percuma bersama litar baru.

Kemaskini 1.10 kini menyertakan liga terbaru buat permainan tersebut iaitu GT League, dimana liga tersebut akan membahagi pemain kepada pelbagai bentuk jenis kenderaan seperti permainan Gran Turismo sebelum ini. Pemain berupaya untuk menyertai pelbagai piala kejohanan daripada peringkat permulaan sehingga peringkat professional. Ini merupakan kemaskini yang memfokuskan bentuk permainan secara solo buat permainan tersebut.

Tambahan juga, Polyphony Digital juga menyertakan 12 kereta baru buat pemain, antaranya kereta yang disertakan adalah:

  • Mazda RX-7 Spirit R Type A (FD) (N300)
  • Nissan Skyline GT-R V・spec II (R32) (N300)
  • Nissan Skyline GT-R V・spec II Nür (R34) (N300)
  • Ford F-150 SVT Raptor (N400)
  • Lamborghini Countach LP400 (N400)
  • Ferrari F40 (N500)
  • Ferrari Enzo Ferrari (N700)
  • KTM X-BOW R(N300)
  • Suzuki Swift Sport (N100)
  • Volkswagen Samba Bus Type 2 (T1) (N100)
  • Chris Holstrom Concepts 1967 Chevy Nova (N700)
  • Chevrolet Corvette Stingray Convertible (C3) (N300)

Terdapat juga pelbagai kemaskini yang disertakan termasuklah litar baru Kyoto Driving Park Yamagiwa + Miyabi dan pelbagai kemaskini seimbangan permainan tersebut.

Bagi anda yang memiliki permainan Gran Turismo Sport, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat kesemua kenderaan baru bersama litar baru dengan kemaskini terbaru ini secara percuma.

Gran Turismo Sport adalah permainan perlumbaan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment secara esklusif di Playstation 4 pada Oktober lepas. Anda boleh membeli permainan ini mulai sekarang di Playstation Store ataupun mana-mana pengedar rasmi Playstation.

Leave a Reply