Dengan pelancaran permainan Gran Turismo Sport pada Oktober lepas, Polyphony Digital bersama Sony Interactive Entertainment minggu ini mengumumkan sebilangan kemaskini terbaru buat permainan tersebut dimana ia bakal tiba bermula 27 November ini.
Kemaskini pertama akan disertakan kenderaan baru bersama mod Livery Editor, Scapes dan mod kempen dimana pemain berupaya bermain secara luar-talian. Terdapat juga kemaskini keseimbangan permainan yang disertakan bersama.
Manakala bermula Disember ini, Polyphony Digital bakal menyertakan mod permainan secara solo dipanggil GT League yang mana ia berdasarkan mod permainan GT Mode daripada siri permainan Gran Turismo sebelum ini. pemain berupaya untuk menyertai pelbagai piala kejohanan daripada peringkat permulaan sehingga peringkat professional.
Tambahan juga, Polyphony Digital akan menyertakan 12 kereta baru bersama kemaskini Disember tersebut. Antara kereta yang bakal disertakan adalah :
- Mazda — RX-7 Spirit R Type A (FD)
- Nissan — Skyline GT-R V・spec II (R32)
- Nissan — Skyline GT-R V・spec II Nür (R34)
- Ford — F-150 SVT Raptor
- Lamborghini — Countach LP400
- Ferrari — F40
- Ferrari — Enzo Ferrari
- KTM — X-BOW R
- Suzuki — Swift Sport
- Volkswagen — Samba Bus Type 2 (T1)
- Chris Holstrom Concepts — 1967 Chevy Nova
- Chevrolet — Corvette Stingray Convertible (C3)
Mereka juga merancang untuk melancarkan sejumlah 50 kereta baru dan juga litar-litar baru yang akan disertakan bersama kemaskini permainan tersebut sehingga bulan Mac. Kemaskini yang diumumkan oleh Polyphony Digital akan dilancarkan secara percuma buat semua pemilik permainan Gran Turismo Sport.
Gran Turismo Sport adalah permainan perlumbaan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment secara esklusif di Playstation 4 pada Oktober lepas. Anda boleh membeli permainan ini mulai sekarang di Playstation Store ataupun mana-mana pengedar rasmi Playstation.