Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mempertontonkan Trailer Terbaru Sword Art Online: Fatal Bullet
PC

Bandai Namco Mempertontonkan Trailer Terbaru Sword Art Online: Fatal Bullet

Diterbitkan pada Dis 22, 2017 oleh .

Oktober lepas, Bandai Namco mengumumkan sebilangan informasi berkenaan siri permainan Sword Art Online: Fatal Bullet bersama edisi terhad, kini Bandai Namco berkongsi lebih lanjut berkenaan permainan tersebut bersama trailer terbaru permainan tersebut.

Sword Art Online: Fatal Bullet merupakan permainan seterusnya buat siri permainan Sword Art Online. Ia adalah siri permainan Sword Art Online yang pertama yang mengambil permainan dari siri anime, Gun Gale Online, permainan realiti maya MMORPG berdasar anime Sword Art Online musim kedua. Sword Art Online: Fatal Bullet memfokuskan bentuk permainan penembak pandang ketiga yang mengandungi unsur RPG.

Sword Art Online: Fatal Bullet memfokuskan pemain sebagai watak yang direka khas oleh pemain. Dimana permainan Sword Art Online sebelum ini, pemain akan bermain sebagai watak Kirito. Melalui permainan Sword Art Online: Fatal Bullet, pemain akan bermain sebagai watak lain di dalam dunia Gun Gale Online tersebut.

Namun Bandai Namco juga menyertakan mod permainan Kirito Mode dimana pemain berpeluang untuk bermain sebagai Kirito. Di dalam mod Kirito, pemain berupaya untuk menikmati penceritaan daripada senario yang berbeza dan pada yang sama berpeluang untuk menempur Death Gun.

Pemain juga akan ditemani ArFa-sys, iaitu teman watak pemain dimana beliau akan membantu pemain dari segi pertempuran dan juga berupaya untuk menyimpan wang pemain.

Jangan lepaskan peluang anda untuk kembali bersama Kirito dan mengembara di dalam dunia permainan Gun Gale Online di dalam Sword Art Online: Fatal Bullet pada 23 Februari 2018 di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN