Informasi Permainan Video Terkini
Sword Art Online: Fatal Bullet Bakal Tiba 23 Februari 2018 Di Playstation 4, Xbox One Dan PC
PC

Sword Art Online: Fatal Bullet Bakal Tiba 23 Februari 2018 Di Playstation 4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada Okt 26, 2017 oleh .

Lanjutan daripada pengumumkan permainan Sword Art Online: Fatal Bullet pada Ogos yang lepas oleh Bandai Namco, kini Bandai Namco akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut iaitu pada 23 Februari 2018 ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sword Art Online: Fatal Bullet adalah permainan penembak pandang ketiga yang mengandungi unsur RPG. Ia adalah siri permainan Sword Art Online yang pertama yang mengambil permainan dari siri anime, Gun Gale Online, permainan realiti maya MMORPG berdasar anime Sword Art Online musim kedua.

Bandai Namco juga mengumumkan beberapa barangan yang disertakan buat pemain bagi mereka yang membuat pra-tempahan. Barangan yang disertakan adalah kostum Asuna dan Kirito dan juga senjata Silve Assault Rifle.

Selain itu, bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan edisi terhad permainan tersebut, Bandai Namco juga menyertakan dua edisi terhad iaitu edisi Phantom dan juga edisi Collectors. Bagi edisi Phantom, permainan tersebut akan disertakan dengan figura Kirito dan Sinon. Manakala bagi edisi Collectors, ia akan disertakan bersama kedua-dua figura tersebut dan tambahan buku seni permainan bersama kain peta kawasan permainan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk kembali bersama Kirito dan mengembara di dalam dunia permainan Gun Gale Online di dalam Sword Art Online: Fatal Bullet pada 23 Februari 2018 ini.