Nintendo hari ini mengumumkan kemaskini terbaru buat permainan perlawanan ARMS yang mana ia kini versi 5.0. Kemaskini ini menyertakan sebilangan kandungan baru termasuklah watak terbaru, Dr. Coyle.

Dr. Coyle merupakan watak baru buat permainan ARMS yang mana beliau adalah ahli saintis yang misteri yang bertanggungjawab untuk mencipta dua watak daripada siri permainan tersebut iaitu Hedlok dan Helix. Dr. Coyle juga bertanggungjawab terhadap program Party Crash yang mana dia juga membuat experimen terhadap dirinya sendiri.

Melalui Dr. Coyle, pemain berupaya untuk menjadi lutsinar selepas pemain membuat posisi pertahanan. Pemain juga berupaya untuk menggunakan ARM tambahan selepas mengecas kuasa Dr. Coyle tersebut.

Nintendo juga menyertakan tiga ARMS baru bersama kemaskini ini iaitu Lokjaw, Parabola dan Brrchuk. Tambahan juga, kemaskini ini juga menyertakan satu kawasan baru yang dipanggil [NAME REDACTED]. Kemaskini ini juga menyertakan sebilangan perubahan keseimbangan buat permainan tersebut termasuklah pengubahan kemahiran bagi sesetengah ARMS.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan watak Dr. Coyle dan segala kemaskini versi 5.0 buat permainan ARMS ini, anda boleh muat-turunnya secara percuma melalui konsol Nintendo Switch. Tampaknya Nintendo sering memberi kemaskini terbaru buat permainan ARMS secara percuma dimana November lepas mereka juga menyertakan watak baru Misango.

ARMS ialah permainan esklusif Nintendo Switch yang dilancarkan pada Jun yang lepas. Bagi yang tidak mengenali akan permainan Arms ini, ia merupakan salah satu permainan berbentuk berlawan yang boleh dimainkan sehingga empat orang, dan menggunakan sejumlah senjata berbeza untuk menewaskan pemain lain. Ia dibangunkan dan diterbitkan oleh Nintendo khusus untuk Nintendo Switch sahaja.

Sohor Kini