Skip to main content

Nintendo hari ini mengumumkan kemaskini terbaru 4.0 permainan ARMS. Kemaskini tersebut menyertakan watak terbaru Misango. Misango merupakan penempur Aztec yang berupaya untuk menggunakan racun sebagai serangannya. Beliau juga berupaya untuk menukar topeng muka dan mempunyai kuasa yang berlain setiap satu. Dari segi bentuk pertempuran, Misango merupakan penempur taktikal bagi permainan tersebut.

Namun, Nintendo masih belum lagi mengumumkan senarai penuh bagi kemaskini terbaru 4.0 tersebut. Nintendo juga tidak mengumumkan tarikh pelancaran bagi kemaskini tersebut.

ARMS ialah permainan esklusif Nintendo Switch yang dilancarkan pada Jun yang lepas. Bagi yang tidak mengenali akan permainan Arms ini, ia merupakan salah satu permainan berbentuk berlawan yang boleh dimainkan sehingga empat orang, dan menggunakan sejumlah senjata berbeza untuk menewaskan pemain lain. Ia dibangunkan dan diterbitkan oleh Nintendo khusus untuk Nintendo Switch sahaja.

Leave a Reply