Awal Disember lepas, kita digemparkan permainan terbaru buar siri Portal yang bakal tiba di dalam bentuk permainan simulasi pembinaan jambatan oleh Headup Games. Kini, Headup Games akhirnya melancarkan permainan tersebut secara rasmi melalui Steam, App Store dan Google Play Store.

Permainan ini merupakan gabungan antara permainan Bridge Constructor oleh ClockStone dan permainan Portal oleh Valve. Permainan Bridge Constructor Portal akan ditempatkan di dunia permainan Portal, iaitu salah satu permainan terkenal oleh Valve dimana pemain ditugaskan untuk membina sebuah jambatan.

Melalui permainan ini, pemain berupaya untuk menggabungkan sebilangan portal bersama untuk melepaskan watak-watak Bendies ke garisan penamat. Permainan ini juga menyertakan pelbagai barangan ikonik daripada siri Portal seperti Companion Cube dan juga Turrets. Ia juga mempunyai bentuk permainan seakan permainan Portal asal tetapi ia menukarkan bentuk kamera daripada penembak pandang pertama kepada 2D Platformer dengan keupayaan pemain untuk membina jambatan, tanjakan dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan Bridge Constructor Portal, permainan ini sudah dilancarkan di PC melalui Steam dengan harga RM23.50 dan juga versi permua di iOS dan Android dengan harga RM19.90. Manakala versi konsol Playstation 4 dan Xbox One, Headup Games akan mengumumkannya pada awal tahun depan.

Steam : Bridge Constructor Portal


iOS : Bridge Constructor Portal


Android : Bridge Constructor Portal

Sohor Kini