Informasi Permainan Video Terkini
Bridge Constructor Portal – Permainan Simulasi Pembinaan Jambatan Portal
PC

Bridge Constructor Portal – Permainan Simulasi Pembinaan Jambatan Portal

Diterbitkan pada Dis 7, 2017 oleh .

Bagi yang merindui GLaDOS daripada permainan Portal, kini anda berpeluang untuk menemui beliau kembali dimana Headup Games hari ini mengumumkan permainan Bridge Contructor Portal bakal tiba di iOS, Android dan PC pada 21 Disember ini. Versi konsol pula akan diumumkan pada awal tahun depan.

Permainan ini merupakan gabungan antara permainan Bridge Constructor oleh ClockStone dan permainan Portal oleh Valve. Permainan Bridge Constructor Portal akan ditempatkan di dunia permainan Portal, iaitu salah satu permainan terkenal oleh Valve dimana pemain ditugaskan untuk membina sebuah jambatan.

Namun dengan menggunakan konsep seperti permainan Portal, pemain berupaya untuk menggunakan sistem “Portal” seperti di dalam permainan Portal untuk menyambungkan dua Portal biru dan oren tersebut untuk menyelesaikan teka teki jambatan tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, ia akan dilancarkan di PC melalui Steam dan versi permua akan dilancarkan di iOS dan Android bermula 21 Disember ini. Bagi versi konsol Playstation 4 dan Xbox One, Headup Games akan mengumumkannya pada awal tahun depan.