Awal Disember lepas, Atlus mengumumkan permainan Dragon’s Crown Pro akan dilancarkan secara global pada musim bunga 2018 ini. Kini Atlus mengumumkan edisi terhad yang bakal tiba bersama permainan tersebut bersama kandungan terhad.

Atlus hari ini mengumumkan Dragon’s Crown Pro “Battle-Hardened Edition” yang mana ia menyertakan 7 kad kemahiran terhad yang berdasarkan kelas atasan watak permainan bersama bekas besi Steelbook rekaan khas permainan tersebut.

Menurut Atlus, edisi ini akan $49.99(~RM204) dan ia akan tiba secara esklusif di Playstation 4 bermula 2018 ini. Bagi anda yang berminat untuk membuat pra-tempahan, anda boleh menempahnya di laman rasmi Atlus ataupun mana-mana pengedar rasmi permainan tersebut.

Dragon’s Crown Pro merupakan permainan pernambah-baikkan daripada permainan Dragon’s Crown yang dilancarkan pada 2013 lepas di Playstation 3 dan Playstation Vita. Ia dibangunkan oleh Vanillaware yang mana ia memfokuskan bentuk permainan 2D aksi pengembaraan. Versi pernambah-baikkan ini akan menyertakan sokongan resolusi 4k bersama kesemua DLC pernambahan yang dilancarkan sebelum ini di Playstation 3 dan Playstation Vita.

Sohor Kini