Skip to main content

Ketika Tokyo Game Show 2017 yang lepas, Atlus mengumumkan bahawa permainan Dragon’s Crown Pro akan dilancarkan kembali sebagai permainan pernambah-baikkan di Playstation 4. Namun ketika pengumuman tersebut, Atlus tidak menyatakan permainan tersebut tidak dilancarkan secara global. Namun hari ini, Atlus akhirnya berkongsi berkenaan permainan tersebut akan tiba pada musim bunga 2018 ini.

Dragon’s Crown Pro merupakan permainan pernambah-baikkan daripada permainan Dragon’s Crown yang dilancarkan pada 2013 lepas di Playstation 3 dan Playstation Vita. Ia dibangunkan oleh Vanillaware yang mana ia memfokuskan bentuk permainan 2D aksi pengembaraan.

Versi pernambah-baikkan ini akan menyertakan sokongan resolusi 4k bersama kesemua DLC pernambahan yang dilancarkan sebelum ini di Playstation 3 dan Playstation Vita. Menariknya juga, bagi mereka yang bermain permainan tersebut di Playstation 3 ataupun Playstation Vita sebelum ini, segala kemajuan boleh dipindahkan ke versi Playstation 4.

Dragon’s Crown Pro akan dilancarkan secara esklusif di Playstation 4 pada musim bunga 2018 ini.

Leave a Reply