Informasi Permainan Video Terkini
Cuphead Telah Terjual Lebih 2 Juta Salinan Di Steam Dan Xbox One
PC

Cuphead Telah Terjual Lebih 2 Juta Salinan Di Steam Dan Xbox One

Diterbitkan pada Dis 21, 2017 oleh .

Permainan indie yang dibangunkan oleh StudioMDHR, Cuphead kini mencapai 2 juta salinan hasil jualan. Pada Oktober lepas, StudioMDHR mengumumkan bahawa mereka mencapai 1 juta salinan dengan hanya dua minggu selepas dilancarkan. Kini setelah hampir 3 bulan permainan tersebut terjual, mereka akhirnya mencapai 2 juta jualan.

Cuphead merupakan permainan indie yang dibangunkan oleh StudioMDHR. Ia merupakan permainan platformer yang mempunyai visual permainan seakan kartun klasik tahun 1930an. Ia juga mempunyai bentuk permainan secara koperasi multi-pemain.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh membelinya melalui Steam dengan harga RM38.


TIPS & ULASAN