Informasi Permainan Video Terkini
Cuphead Telah Terjual Lebih 1 Juta Salinan Dalam Masa Dua Minggu
PC

Cuphead Telah Terjual Lebih 1 Juta Salinan Dalam Masa Dua Minggu

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Cuphead merupakan salah satu permainan berbentuk platformer yang telah dilancarkan pada awal Oktober ini di PC dan Xbox One. Melaluinya, ia membawakan grafik berbentuk sedikit klasik, dan memerlukan pemain menereko kawasan secara berterusan dan menyerang pihak musuh. Ia turut hadir dengan mod multi-pemain.

Sejak dilancarkan, ia telah menerima pelbagai reaksi yang baik daripada komuniti pemain video seluruh dunia.

Terkini, berkongsi mengenai statistik semasa, pihak pembangunnya mengumumkan yang mana Cuphead telah terjual lebih 1 juta salinan buat masa ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan permainan ini pada harga RM38 daripada Steam hari ini.