Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Bertemakan Krismas Kini Tiba Di Permainan Grand Theft Auto Online
PC

Kemaskini Bertemakan Krismas Kini Tiba Di Permainan Grand Theft Auto Online

Diterbitkan pada Dis 20, 2017 oleh .

Bersempena dengan perayaan Krismas yang berlangsung bulan Disember ini, Rockstar tidak melepaskan peluang untuk menyertakan kandungan Krismas buat permainan Grand Theft Auto Online yang mana ia akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan bertemakan musim sejuk tersebut.

Antara kandungan tambahan yang disertakan adalah kandungan pakaian kostum bertemakan Krismas. Pemain juga berupaya untuk mendapatkan kostum Santa Claus dan juga Elf. Rockstar juga menyediakan kenderaan baru The Ubermacht Sentinel Classic dimana pemain berupaya untuk membelinya di Southern San Andreas Super Autos.

Tambahan juga, mod terbaru permainan Occupy juga diumumkan buat permainan GTA Online dimana pemain perlu menangkap dan menyelamatkan zon kawasan sepanjang kawasan GTA Online daripada dirampas oleh pasukan musuh. Pasukan yang mempunyai zon kawasan yang terbanyak akan memenangi pusingan tersebut. Pada masa yang sama Rockstar menggandakan peluang pemain untuk mendapatkan RP bermula hari ini sehinggalah 8 Januari.

Selain itu, Rockstar juga menyediakan sebilangan diskaun buat kandungan permainan tersebut seperti kenderaan dan hartanah yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Grand Theft Auto Online merupakan mod permainan yang disertakan di permainan Grand Theft Auto V yang dilancarkan pada 2013 lepas. Sepanjang pelancaran permainan tersebut, Rockstar telah mengeluarkan pelbagai kandungan buat permainan tersebut. Tambahan juga, pada November lepas, permainan Grand Theft Auto V telah mencapai hasil jualan melebihi 85 juta unit salinan sekaligus meletak mereka tempat ketiga bagi permainan terlaris sepanjang zaman selepas Tetris dan Minecraft.


TIPS & ULASAN