Dengan pelbagai penawaran permainan percuma, platform GOG turut tidak ketinggalan, dan kini menawarkan permainan Oxenfree secara percuma untuk masa terhad.
Oxenfree menawarkan permainan aksi ngeri yang melibatkan kuasa luar biasa. Pemain akan memainkan watak Alex yang membawa adik tiri ke sebuah pesta di kepulauan lama. Malam berkenaan berubah menjadi cabaran apabila sebuah pintu misteri dibuka dan membawa kepada penceritaan disebalik sejarah hitam kepulauan berkenaan.
Permainan ini sebelum ini telah dilancarkan pada 2016 lepas, dan ditawarkan untuk PC, Mac dan juga Linux.
Bagi anda yang berminat, boleh menebus permainan ini secara percuma melalui GOG hari ini.
[download]Muat-Turun Oxenfree di GOG[/download]