Skip to main content

Dengan pengumuman Private Division minggu lepas, iaitu pengeluar permainan yang memfokuskan permainan Indie oleh Take-Two Interactive, kini Private Division mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan semula permainan Kerbal Space Program: Enhanced Edition di konsol Playstation 4 dan Xbox One pada Januari 2018 ini.

Menurut Private Division, permainan edisi tersebut akan menyertakan sebilangan kemaskini terbaru dari segi paparan antara-muka, kawalan baru dan juga pelbagai kandungan tambahan berbanding permainan terasnya yang dilancarkan sebelum ini.

Kerbal Space Program merupakan permainan simulasi kapal angkasa lepas yang mana pemain berupaya untuk membina kapal angkasa dan mengawal segala krew-krew angkasa lepas. Ia sebelum ini dilancarkan di PC pada 2015 lepas. Versi konsol juga dilancarkan pada 2016 lepas.

Leave a Reply