Lanjutan daripada pengumuman permainan Black Clover minggu lepas, Bandai Namco akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan Black Clover: Quartet Knights bakal tiba di Playstation 4 dan PC pada 2018 ini.

Menurut Bandai Namco, permainan tersebut akan memfokuskan bentuk pertempuran secara penembak pandang ketiga yang mana ia merangkumi serangan secara magis. Ia juga akan menyertakan perlawanan secara empat lawan empat yang mempunyai bentuk koperasi pasukan yang pelbagai dari segi taktikal.

Black Clover: Quartet Knight merupakan permainan yang berdasarkan siri anime Black Clover. Ia ditempatkan di dunia fantasi dimana kesemua manusia dilahirkan dengan kuasa magis, kecuali watak utama permainan tersebut, Asta yang mana beliau perlu bergantung kepada kuasa fizikal beliau.

Permainan ini dirancang untuk dilancarkan di Playstation 4 dan PC pada 2018 ini.

Sohor Kini