Informasi Permainan Video Terkini
Black Clover: Project Knights Diumumkan Oleh Bandai Namco – Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan PC
PC

Black Clover: Project Knights Diumumkan Oleh Bandai Namco – Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan PC

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Bandai Namco minggu ini mengumumkan permainan Black Clover: Project Knights yang mana ia berdasarkan komik manga Black Clover oleh Yuki Tabata. Bandai Namco juga memperacahkan video trailer bersama dengan pengumumam tersebut.

Black Clover menempatkan di dunia fantasi dimana kesemua manusia dilahirkan dengan kuasa magis, kecuali watak utama permainan tersebut, Asta yang mana beliau perlu bergantung kepada kuasa fizikal beliau.

Menurut Bandai Namco, permainan Black Clover: Project Knights ini akan dilancarkan secara global pada 2018 ini di konsol Playstation 4 dan juga PC. Buat masa ini Bandai Namco tidak berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut.