Ubisoft telah sedia menawarkan beberapa permainan secara percuma dengan keperluan untuk pengguna mendaftar akaun UPlay sahaja. Kini, bersempena dengan penghujung tahun, mereka menghimpunkan semuanya dan memudahkan anda yang ingin menebus untuk mendapatkannya.
Tiga permainan yang ditawarkan adalah Assassin’s Creed Black Flag, Watch Dogs dan juga World In Conflict.
Ketiga-tiga permainan ini boleh ditebus sehingga 23 Disember 2017 ini untuk dimainkan pada PC melalui Uplay.
Bagi anda yang tidak pernah memainkan ketiga-tiga permainan ini, mungkin kini adalah masa untuk mendapatkannya secara percuma dan memainkannya pada cuti penghujung tahun ini.
[download]Tebus : Tiga Permainan Percuma Ubisoft[/download]