Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Quest Builders Akan Tiba Di Nintendo Switch Pada 9 Februari 2018

Dragon Quest Builders Akan Tiba Di Nintendo Switch Pada 9 Februari 2018

Diterbitkan pada Dis 19, 2017 oleh .

Ogos lepas, Square-Enix mengumumkan bahawa permainan Dragon Quest Builders 2 akan dilancarkan di Nintendo Switch, kini Square-Enix mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan pertama buat siri Dragon Quest Builders yang mana ia bakal tiba pada 9 Februari 2018 ini.

Menurut Square-Enix, permainan tersebut akan menyertakan sebilangan kandungan khas buat konsol hibrid tersebut termasuklah keupayaan untuk mengumpul barangan dan bahan-bahan khas bersama kandungan baru. Tambahan juga pemain juga berupaya untuk menunggang Great Sabrecub yang mana versi permainan ini di konsol lain tidak disertakan.

Dragon Quest Builders sebelum ini dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Playstation Vita pada 2016 lepas. Ia kini bakal tiba di konsol Nintendo Switch bermula Februari ini. Pada masa yang sama, Square-Enix juga sebelum ini mengumumkan permainan Dragon Quest Builders 2 juga sedang dibangunkan di konsol tersebut.

Bagi mereka yang ingin mengembara di dunia Dragon Quest Builders dan membina pelbagai bangunan dengan blok-blok seakan bentuk permainan seperti Minecraft, anda boleh menanda di kalendar ada pada 9 Februari 2018 ini sempena pelancaran permainan Dragon Quest Builders.


TIPS & ULASAN