Informasi Permainan Video Terkini
Layers of Fear Kini Ditawarkan Secara Percuma Untuk Masa Terhad
PC

Layers of Fear Kini Ditawarkan Secara Percuma Untuk Masa Terhad

Diterbitkan pada Dis 19, 2017 oleh .

Humble Store sedia terkenal dengan penawaran permainan pada harga rendah, disamping sering hadir dengan penawaran permainan percuma untuk tempoh terhad. Terkini, mereka turut menawarkan permainan aksi seram Layers of Fear secara percuma untuk tempoh selama 48 jam.

Layers of Fear

Layers of Fear telah dilancarkan secara rasminya pada Februari 2016 yang lepas, dimana ia memfokuskan kepada permainan berbentuk aksi seram, dan memerlukan pemain menyelesaikan beberapa misi.

Humble Store juga turut menawarkan runut bunyi permainan Layers of Fear ini secara percuma bersama-sama dengan penebusan percuma ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan permainan ini secara percuma daripada Humble Store hari ini untuk Windows, Linux dan Mac.

Muat-Turun Layers of Fear


TIPS & ULASAN