Bersempena dengan acara Jump Festa 2019 yang berlangsung hujung minggu lepas, Bandai Namco berkongsi sebilangan kemaskini terbaru buat permainan perlawanan Dragonball FighterZ.
https://www.youtube.com/watch?v=-gcYZOvkLIQ
Antaranya adalah ketibaan watak baru iaitu Beerus, Hit dan Black Goku yang mana kini ketiga-tiga watak tersebut bakal tiba secara rasmi melalui permainan tersebut. Ketiga-tiga watak tersebut merupakan daripada watak daripada siri anime Dragonball Super.
Setiap watak yang diperkenalkan juga akan disertakan dengan segala serangan kombinasi berdasarkan daripada siri anime Dragonball Super. Menariknya juga ini membuka peluang kepada watak-watak daripada siri anime Dragonball Super di dalam permainan tersebut dimana kini ia tidak lagi merangkumi hanyalah watak daripada Dragonball Z.
Selain itu, Bandai Namco juga menyatakan bahawa pemain berupaya untuk memanggil Shenron ketika bertempur. Dengan melakukan serangan kombinasi khusus, pemain akan memperoleh Dragon Ball dan berupaya untuk memanggil Shenron. Bagi pemain yang berjaya memanggil Shenron, terdapat empat hajat yang pemain boleh lakukan, antaranya adalah memulihkan nilai nyawa pemain secara penuh, memulihkan nilai nyawa secara berterusan, menghidupkan semula pasukan pemain ataupun mendapat satu ikon tambahan “Sparking!”.
Bandai Namco juga menyertakan mod “Dramatic Production” dimana pemain berupaya untuk menghasilkan semula adegan-adegan ikonik berdasarkan siri anime Dragonball ketika bertempur apabila sesuatu keadaan dipenuhi oleh pemain.
Dragonball FighterZ bakal dilancarkan pada 26 Januari 2018 ini khas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.