DotEmu kini akhirnya mengumumkan permainan perlawanan arked frisbee popular, iaitu Windjammer bakal tiba di Playstation 4 dan Playstation Vita pada 29 Ogos ini.
Windjammer diumumkan pada Playstation Experience 2016 tahun lepas. Ia merupakan salah satu permainan berbentuk retro yang dilancarkan pada tahun 1994 di Arked dan juga pada NeoGeo. Kini DotEmu membuat beberapa penambah-baikkan pada permainan popular berkenaan, disamping turut menambah mod multi-pemain untuk PS4 dan PSVita.
Bagi peminat siri permainan retro, adakah anda akan mendapatkan permainan ini?