Informasi Permainan Video Terkini
Overwatch Kini Ditawarkan Pada Harga Diskaun – Kurang RM90
PC

Overwatch Kini Ditawarkan Pada Harga Diskaun – Kurang RM90

Diterbitkan pada Dis 16, 2017 oleh .

Overwatch merupakan salah satu permainan tembak-menembak dengan pelbagai pilihan adiwira berbeza, dan mempunyai lebih 30 juta pemain seluruh dunia.

Kini, dalam usaha terus menarik pemain baru, Blizzard menawarkan diskaun untuk permainan berkenaan, membolehkan anda mendapatkannya pada harga kurang RM90.

Overwatch

Overwatch versi biasa kini ditawarkan pada harga hanya $19.99 iaitu sekitar RM81, sementara Overwatch GotY ditawarkan pada harga $29.99 iaitu sekitar RM123.

Bagi anda yang ingin memainkannya pada PC, mungkin boleh menyemak dan mendapatkan versi asas ini pada harga sangat murah – ataupun sekiranya inginkan penambahan kosmetik dan sebagainya, boleh dapatkan versi “Game of the Year Edition”.

Beli : Overwatch untuk PC


TIPS & ULASAN