Square Enix sebelum ini telah menerbitkan permainan Life Is Strange kepada para pengguna peranti iOS, sekaligus membolehkan anda memainkan permainan pengembaraan berepisod popular ini pada peranti mudah-alih anda.

Kini, sekiranya anda tidak ingin membelinya, dan ingin mencuba terlebih dahulu, Square Enix turut menyediakan permainan versi “Lite” untuk Life Is Strange ini.

Anda boleh memuat-turunnya pada iPhone atau iPad anda, dan seterusnya memainkan episod pertama permainan berkenaan dimana watak Max menemui kuasa tersembunyi dalam dirinya.

Permainan ini diintegrasikan bersama akaun iCloud anda, membolehkan anda meneruskan pengembaraan sekiranya memilih untuk membeli permainan Life is Strange versi penuh.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan permainan Life Is Strange Lite ini di App Store hari ini.

Muat-Turun Life Is Strange Lite untuk iOS

Sohor Kini