Informasi Permainan Video Terkini
Kandungan Hitman Holiday Pack Akan Ditawarkan Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad
PC

Kandungan Hitman Holiday Pack Akan Ditawarkan Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad

Diterbitkan pada Dis 15, 2017 oleh .

Bersempena dengan perayaan Krismas yang bakal berlangsung bulan ini, IO Interactive hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan kandungan Hitman Holiday Pack buat permainan Hitman di Playstation 4, Xbox One dan PC bermula 16 Disember sehinggalah 6 Januari ini.

Kandungan tersebut akan menyertakan misi pertama bagi permainan tersebut, Showstopper dan termasuklah kesemua kontrak Escalation disertakan bersama episod Paris permainan Hitman. Tambahan juga, misi Holiday Hoarders juga akan disertakan bersama dengan kandungan ini. Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan kostum Santa Claus untuk digunakan di misi-misi lain buat permainan tersebut.

Dengan tempoh masa terhad ini, jika pemain menebusnya, segala kemajuan dan termasuklah permainan tersebut akan disertakan secara kekal buat pemain. Tambahan juga, jika pemain ingin mendapatkan permainan Hitman Game Of The Year yang diumumkan Oktober lepas, segala kemajuan akan kekal melalui permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatnya, anda boleh mendapatkannya melalui PSN Store, Microsoft Store ataupun Steam bermula 16 Disember sehinggalah 6 Januari.


TIPS & ULASAN