Sudah lebih sebulan Assassin’s Creed Origins di pasaran dan ia mungkin permainan AC terbaik sejak Assassin’s Creed 2. Ia bermula agak perlahan tetapi menjadi semakin menarik selepas semakin banyak permukaan peta diterokai oleh pemain. Kemaskini 1.1.0 kini boleh dimuat turun bagi memberikan beberapa penambahbaikan.

Pertama sekali ialah pengenalan tahap kesukaran Nightmare. Bagi pemain yang merungut musuh tidak memberikan cabaran, mereka boleh mencuba mod ini. Pilihan juga diberikan untuk “Enemy auto-level”. Apabila dipilih musuh tahap rendah akan secara automatik mempunyai tahap yang sama dengan Bayek yang dikawal pemain. Horde Mode diperkenalkan untuk acara arena dimana musuh datang tanpa henti selagi pemain bernyawa. Akhir sekali pada PC sokongan HDR diaktifkan.

Saiz muat turun pada PlayStation 4 dan Xbox One ialah sekitar 4 GB. Pada PC ia masih belum diumumkan. Dengan pengenalan mod baru ini  mungkin pemain akan menghabiskan lebih masa membanteras kebatilan seb

Sohor Kini