Mobile Legends merupakan salah satu rakan kerjasama untuk pihak Honor. Hari ini, pada acara pelancaran Honor 7X, wakil Mobile Legends turut berkongsi pentas untuk mengumumkan beberapa perkara.
Menurut pihak Mobile Legends, Malaysia merupakan salah satu negara dengan komuniti pemain yang aktif untuk permua berkenaan. Di Malaysia sahaja, ia dikatakan mempunyai lebih 3 juta pemain aktif.
Perkara ini turut membawa kepada pengenalan Mobile Legends : Bang Bang Professional League – dan Honor akan terus menjadi rakan kerjasama eksklusif untuknya.
Bagi anda sendiri, adakah anda aktif memainkan permua Mobile Legends ini. Atau adakah anda lebih mengemari permua lain dibawah kategori sama seperti Arena of Valor atau Vainglory?