Skip to main content

Bagi anda yang tidak sabar untuk memiliki permainan Shadow Of The Colossus pada 6 Februari 2018 ini, Sony Interactive Entertainment minggu ini mengumumkan versi edisi terhad buat permainan tersebut bersama dengan fungsi pernambah-baikkan bagi konsol Playstation 4 Pro.

Edisi terhad permianan Shadow Of The Colossus akan menyertakan sebilangan kandungan yang menarik seperti:

  • Kotak rekaan khas Shadow of The Colossus
  • SteelBook bersama cakera permainan
  • Poskad Pereka
  • Buku panduan fizikal
  • Kandungan tambahan digital permainan
  • Senjata Ancient Bow
  • Kelengkapan Cloak of Fate
  • Kostum “Spotted Steed” buat Agro
  • Dua tema khas Playstation 4 Two
  • Colossi avatar set buat Playstation 4
  • Peta dunia permainan
  • Pelekat Colossi

Menurut Sony Interactive Entertainment, edisi terhad tersebut akan berharga $49.99(~RM205) dan buat masa sekarang ia masih belum diumumkan jika ia akan tiba di pasaran Malaysia ataupun tidak.

Tambahan juga, bagi mereka yang mempunyai Playstation 4 Pro, Bluepoint Games menyertakan dua mod variasi bentuk permainan yang boleh dipilih buat pemain untuk bermain permainan tersebut iaitu mod “Cinematic” dan Mod “Performance”. Mod “Cinematic” akan memberi visual imej yang lebih cantik dengan sokongan resolusi 4k bersama HDR. Namun ia hanyalah dikuncikan dengan 30FPS. Manakala mod “Performance” akan memfokuskan bentuk permainan sehingga 60FPS.

Pada masa yang sama, Sony juga berkongsi perbezaan dari segi visual buat permainan tersebut dimana mereka mempamerkan sebilangan pernambah-baikkan yang dilakukan oleh mereka untuk permainan Shadow of The Colossus.

Shadow Of The Colossus bakal tiba secara esklusif di Playstation 4 pada 6 Februari 2018 ini.

Leave a Reply