Informasi Permainan Video Terkini
Beta Terbuka Permainan Fighting EX Layer Bermula Hari Ini Sehingga 25 Disember

Beta Terbuka Permainan Fighting EX Layer Bermula Hari Ini Sehingga 25 Disember

Diterbitkan pada Dis 12, 2017 oleh .

Pada bulan lepas, ARIKA mengumumkan sebilangan kemaskini dan juga watak baru yang bakal tiba di permainan perlawanan Fighting EX Layer, kini bagi mereka yang ingin mencuba permainan tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan memuat-turun beta terbuka permainan tersebut secara percuma melalui Playstation 4. Beta terbuka tersebut akan dijalankan selama dua minggu bermula hari ini sehinggalah 25 Disember.

Namun, beta terbuka tersebut hanyalah boleh dimuat-turun melalui PSN Store rantau Amerika Syarikat ataupun Eropah. Bagi mereka yang ingin memuat-turun beta tersebut, anda boleh muat-turunnya melalui PSN Store mengikut negara tersebut dengan bersaiz 643MB.

Beta terbuka tersebut akan menyertakan enam watak yang boleh dimain. Antara watak yang disertakan adalah Kairi, Garuda, Allen Snider, Shirase, Darun Mister dan Skullomania. Bagi bentuk permainan pula, beta terbuka permainan tersebut akan disertakan secara dua mod iaitu mod latihan dan mod pertempuran secara atas-talian.

Fighting EX Layer adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh ARIKA yang mana mereka terkenal dengan pembangunan permainan perlawanan Street Fighter EX. Permainan ini bakal dilancarkan pada 2018 di konsol Playstation 4.

PSN Store : Fighting EX Layer


TIPS & ULASAN