Informasi Permainan Video Terkini
Assassin’s Creed IV : Black Flag Kini Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma
PC

Assassin’s Creed IV : Black Flag Kini Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma

Diterbitkan pada Dis 12, 2017 oleh .

Ubisoft sebelum ini telah menjanjikan bakal menawarkan permainan Assassin’s Creed IV : Black Flag secara percuma. Kini, seperti dijanjikan, permainan berkenaan ditawarkan secara terhad untuk minggu ini melalui laman Ubisoft – dan anda boleh menebusnya bermula hari ini.

Assassin’s Creed IV: Black Flag telah dilancarkan pada 2013 yang lepas, dimana ia membawakan kesinambungan kisah watak Assassin, tetapi turut mengambil latar tempat di kepulauan dan lautan sebagai seorang lanun.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan permainan ini melalui akaun Uplay bermula hari ini, sehingga penghujung minggu ini.

Muat-Turun Assassin’s Creed IV : Black Flag


TIPS & ULASAN