Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton : Trailer Senarai Watak Buat Permainan Dissidia: Final Fantasy NT – Menyertakan 28 Jumlah Watak

Jom Tonton : Trailer Senarai Watak Buat Permainan Dissidia: Final Fantasy NT – Menyertakan 28 Jumlah Watak

Diterbitkan pada Dis 12, 2017 oleh .

Dengan pelancaran permainan Dissidia: Final Fantasy NT yang hampir tiba pada 30 Januari 2018 ini, Square-Enix hari ini mempertontonkan trailer terbaru buat permainan tersebut dengan memaparkan kesemua senarai watak yang boleh dimainkan ketika ia dilancarkan kelak.

Terdapat sejumlah 28 watak yang boleh dimainkan di permainan Dissidia Final Fantasy NT dan 28 watak tersebut merupakan watak-watak daripada siri Final Fantasy bermula dari Final Fantasy I sehinggalah Final Fantasy XV. Watak yang disenaraikan tersebut adalah:

  • Warrior of Light ( Final Fantasy )
  • Garland ( Final Fantasy )
  • Firion ( Final Fantasy II )
  • The Emperor ( Final Fantasy II )
  • Onion Knight ( Final Fantasy III )
  • Cloud of Darkness ( Final Fantasy III )
  • Cecil ( Final Fantasy IV )
  • Kain ( Final Fantasy IV )
  • Golbez ( Final Fantasy IV )
  • Bartz ( Final Fantasy V )
  • Exdeath ( Final Fantasy V )
  • Terra ( Final Fantasy VI )
  • Kefka ( Final Fantasy VI )
  • Cloud ( Final Fantasy VII )
  • Sephiroth ( Final Fantasy VII )
  • Squall ( Final Fantasy VIII )
  • Ultimecia ( Final Fantasy VIII )
  • Zidane ( Final Fantasy IX )
  • Kuja ( Final Fantasy IX )
  • Tidus ( Final Fantasy X )
  • Jecht ( Final Fantasy X )
  • Shantotto ( Final Fantasy XI )
  • Vaan ( Final Fantasy XII )
  • Lightning ( Final Fantasy XIII )
  • Y’shtola ( Final Fantasy XIV )
  • Noctis ( Final Fantasy XV )
  • Ace ( Final Fantasy Type-O )
  • Ramza ( Final Fantasy Tactics )

Pada masa yang sama, Square-Enix juga berkongsi senarai 7 watak Summons yang bakal tiba di permainan tersebut iaitu:

  • Alexander
  • Ifrit
  • Leviathan
  • Odin
  • Ramuh
  • Shiva
  • Bahamut

Ketika artikel ini ditulis, Square-Enix masih belum mengumumkan sebarang watak pernambahan. Namun pada Ogos lepas, Square-Enix berkongsi berkenaan pas musim permainan tersebut yang mana mereka akan menyertakan sebanyak 6 bilangan watak tambahan pada masa akan datang sekaligus kita mungkin akan menerima sebilangan watak baru sebagai pernambahan DLC pada masa akan datang.

Dissidia Final Fantasy NT adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Team Ninja dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Permainan ini mengandungi watak-watak dari siri Final Fantasy dan ia bakal dilancarkan pada 30 Januari 2018 di Playstation 4. Anda boleh membuat pra-tempahan permainan ini dimana-mana pengedar rasmi dan juga di kedai atas-talian PSN Store.


TIPS & ULASAN