Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Locoroco 2 Remastered Kini Dilancarkan Khas Di Playstation 4

Permainan Locoroco 2 Remastered Kini Dilancarkan Khas Di Playstation 4

Diterbitkan pada Dis 11, 2017 oleh .

Bagi anda yang berminat untuk bermain semula permainan Locoroco 2 yang dilancarkan di Playstation Portable pada 2008 lepas, anda kini dapat bermain versi pernambah-baikkan permainan tersebut yang mana kini ia dilancarkan secara rasmi di Playstation 4.

Locoroco 2 Remastered merupakan permainan yang dipernambah-baikkan dengan sokongan resolusi 4k dan juga sebilangan kemaskini seperti sokongan pengawalan secara pergerakkan dengan menggunakan alat kawalan Dualshock 4.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, ia berharga RM79 secara esklusif di PSN Store. Permainan pertama Locoroco Remastered juga dijual sekarang melalui PSN Store harga RM59. Sony juga sekarang menawarkan berkas permainan Multipacks Family Pack yang menyertakan permainan Locoroco bersama Patapon Remastered.

PSN Store : Locoroco 2 Remastered