Bersempena dengan ulang tahun yang ke-30 buat siri permainan Street Fighter, Capcom hari ini mengumumkan permainan Street Fighter 30th Anniversary Collection bakal tiba di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada Mei 2018 ini.

Menurut Capcom, koleksi permainan tersebut akan menyertakan sebanyak 12 siri permainan Street Fighter yang dikemaskini secara seimbang bentuk arked. 12 permainan yang disertakan adalah:

  • Street Fighter
  • Street Fighter II
  • Street Fighter II: Champion Edition
  • Street Fighter II: Hyper Fighting
  • Super Street Fighter II
  • Super Street Fighter II: Turbo
  • Street Fighter Alpha
  • Street Fighter Alpha 2
  • Street Fighter Alpha 3
  • Street Fighter III
  • Street Fighter III: 2nd Impact
  • Street Fighter III: Third Strike.

Koleksi permainan tersebut juga menyertakan mod multi-pemain secara atas-talian bagi empat permainan yang tersenarai iaitu Street Fighter II: Hyper Fighting, Super Street Fighter II: Turbo, Street Fighter Alpha 3 dan Street Fighter III: Third Strike.

Pemain berpeluang untuk mengalami semula pengalaman bermain secara arked dengan bertempur dengan CPU ataupun bertempur bersama rakan-rakan secara atas talian untuk menguji kemahiran bermain permainan perlawanan Street Fighter tersebut.

Capcom juga menyertakan pelbagai kandungan seperti biodata watak-watak Street Fighter, mod muzium yang mana ia menyertakan sebilangan hasil karya seni, muzik latar permainan bersama garis masa berinteraktif khas buat peminat siri Street Fighter.

Bagi anda yang meminati siri permainan Street Fighter, ini merupakan edisi lengkap yang menarik untuk anda terutamanya bagi mereka yang bermain Street Fighter ketika di arked pada awal 90an.

Sohor Kini