Informasi Permainan Video Terkini
Sony Mungkin Kelak Memudahkan Anda Menukar Nama Pengguna PSN

Sony Mungkin Kelak Memudahkan Anda Menukar Nama Pengguna PSN

Diterbitkan pada Dis 10, 2017 oleh .

Mungkin ada yang tidak mengemari nama pengguna PSN yang mereka gunakan – apatah lagi ketika semakin meningkat dewasa, anda mungkin inginkan nama yang lebih serius berbanding ketika muda remaja.

Kini, melalui salah satu temuramah yang dilakukan oleh GameSpot, wakil Sony mengatakan mereka mungkin kelak ingin menyertakan kebolehan mengubah nama pengguna untuk PSN – seawal tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia masih dikatakan sebagai “kemungkinan” sahaja, dan tiada tarikh pasti yang diberikan untuknya. Tetapi, memandangkan permintaan yang tinggi untuk ciri berkenaan, kita mungkin melihat SOny memberikan lebih keutamaan untuknya.


TIPS & ULASAN