Sering bermainan permainan FIFA 17 dan ingin menguji kepakaran anda dan bersaing dengan rakan-rakan yang lain? Kini mungkin peluang anda. Pihak Red Bull Coliseum kini telah pun membuka pendaftaran bagi para pemain yang ingin menyertai pertandingan FIFA 17 untuk musim kedua.
Melalui peringkat saringan yang akan bermula 12 Ogos 2017 ini di Malaysia, pertandingan ini bakal menawarkan hadiah berjumlah RM8,000 untuk para pemenang. Pertandingan ini dijangka memperlihatkan sekurang-kurangnya 512 pemain bersaing untuk memenangi hadiah utama.
Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri hari ini dan bersedia untuk bersaing dengan rakan-rakan lain dalam memenangi takhta pemain terhebat dalam FIFA 17. Setiap pendaftaran akan diperlukan membayar yuran penyertaan RM20.
[info]Daftar : Serta FIFA 17 RedBull Coliseum 2.0[/info]