Skip to main content

Sony hari ini telah mengumumkan angka statistik terbaru mereka, mengatakan mereka telah menjual lebih 70 juta unit PlayStation 4 di seluruh dunia sehingga kini.

Angka ini berjaya dicapai oleh Sony dalam masa sekitar 4 tahun – sekaligus meletakkan ia dihadapan Xbox One, termasuk bakal melangkaui angka jualan keseluruhan PlayStation 3, iaitu 80 sebanyak 80 juta unit.

Disamping konsol, SOny turut mengatakan yang mana lebih 617 juta permainan PS4 telah terjual setakat ini, selain PlayStation VR telah terjual lebih 2 juta unit sehingga kini.

Arena permainan video semakin meningkat naik dari hari ke hari, dan mungkin kita akan terus melihat prestasi jualan PlayStation meningkat pada penghujung tahun ini.

Leave a Reply