Lanjutan daripada tertirisnya Pokemon Generasi ke-3 yang dilaporkan semalam, Niantic Lab akhirnya mengumumkan pelancaran Pokemon Generasi ke-3 secara rasmi akan tiba di Pokemon Go tidak lama lagi.
https://www.youtube.com/watch?v=dUztYCMZYls
Menurut Niantic Lab, terdapat 50 Pokemon baru yang bakal tiba di permua tersebut. Berdasarkan video trailer yang dipertontonkan, Salamence, Shiftry, Aggron dan Ludicolo akan tiba bersama tiga Pokemon permulaan generasi ke-3 iaitu Treecko, Torchic dan Mudkip. Tambahan juga, Pokemon lagenda seperti Groudon juga akan diumumkan melalui trailer tersebut.
Selain itu, Niantic Lab juga mengumumankan kemaskini terbaru bagi permua tersebut dimana kini persekitaran permua Pokemon Go akan mengikut keadaan cuaca sekeliling masa-nyata. Kemaskini keadaan cuaca ini juga akan memberi kesan terhadap kuasa Pokemon juga. Contohnya ketika hujan, Pokemon berkuasa elektrik akan lebih berkuasa daripada biasa.
Buat masa ini Niantic Lab tidak mengumumkan tarikh pelancaran bagi kemaskini.