Informasi Permainan Video Terkini
Pokemon Generasi Ke-3 Bakal Tiba Di Permua Pokemon Go

Pokemon Generasi Ke-3 Bakal Tiba Di Permua Pokemon Go

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Bagi anda yang masih lagi bermain Pokemon Go, ini merupakan berita gembira buat anda dimana Pokemon generasi ke-3, iaitu Pokemon yang berdasarkan permainan Pokemon Ruby dan Sapphire yang terdiri daripada Torchic, Mudkip dan Treecko mungkin akan tiba di Pokemon Go dalam masa terdekat ini.

Menurut laporan Eurogamer, Apple secara tidak sengaja menyiarkan iklan Pokemon genarasi ke-3 tersebut di laman App Store. Iklan tersebut juga memaparkan salinan daripada acara Halloween lepas. Pokemon Ruby dan Sapphire sebelum ini menambahkan sebanyak 130 jenis Pokemon baru pada 2002 lepas apabila ia dilancarkan di Gameboy Advance.

Dengan pengumuman Ho-Oh tiba di Pokemon Go sebagai Pokemon yang boleh ditangkap minggu ini, Pokemon Go nampaknya akan sentiasa mendapat pelbagai lagi kemaskini oleh Niantic Labs.