Niantic Labs hari ini mengumumkan bahawa Pokemon Lagenda, Ho-Oh kini boleh diperoleh oleh pemain melalui acara Raid Battles di dalam permua Pokemon Go. Namun pemain hanyalah diberi masa yang singkat dimana Ho-Oh hanyalah boleh diperoleh bermula hari ini sehingga 12 Disember ini sahaja.
Thanks to all your hard work last week, Ho-Oh will appear in Raid Battles until 12/12! #PokemonGOtravel #GlobalCatchChallenge https://t.co/YfyBGwfTux pic.twitter.com/mdGoFByyQl
— Pokémon GO (@PokemonGoApp) November 27, 2017
Untuk mendapatkan Ho-Oh, pemain perlu menempur Raid Battle di Pokemon gimnasium yang mempunyai telur Raid yang peringkat ke-5 di gimnasium tersebut. Ho-Oh hanyalah akan boleh diperoleh bermula hari ini sehingga 12 Disember sahaja. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Ho-Oh di permua Pokemon Go sekarang.


