Bagi peminat siri anime Gungrave dan juga permainan Gungrave: Overdose yang dilancarkan di Playstation 2 pada tahun 2004 lepas, anda mungkin akan gembira mendengar berita bahawa Gungrave kini bakal kembali dengan permainan baru, Gungrave VR. Ia akan hadir dalam bentuk permainan realiti-maya, dan bakal dilancarkan terlebih dahulu untuk Playstation VR, dan diikuti Oculus Rift dan HTC Vive pada tahun ini.

Blueside hari ini mengumumkan Gungrave VR, iaitu permainan realiti-maya yang dibangunkan oleh Iggymob. Pemainan ini adakah penambah-baikkan dari siri permainan asal Gungrave yang dilancarkan di Playstation 2 pada tahun 2002 lepas – tetapi dengan mengubah bentuk permainan ke realiti-maya tanpa mengubah cerita asal permainan tersebut. Blueside juga menyatakan mereka bakal menyertakan penceritaan sehingga sekuel permainan tersebut iaitu Gungrave: Overdose.

Permainan ini bakal mengandungi aksi tembak-menembak dan kemusnahan yang penuh aksi khas secara realiti-maya. Dengan bentuk permainan penembak pandang pertama, pemain juga bakal mengalami bentuk permainan Dynamic Shooting yang dibangunkan secara khas untuk permainan ini. Tambahan juga, pembangun asal permainan ini juga bakal turut bekerjasama membangunkan permainan ini.

Walaubagaimanapun, Blueside masih lagi belum mempertontonkan sebarang video atau paparan permainan ini. Dengan ketibaan Tokyo Game Show yang semakin hampir, kami di Aksiz percaya mereka akan memperlihatkan bentuk permainan Gungrave VR pada acara tersebut. Seperti biasa, kami akan membawakan berita lanjut mengenainya menjelang pengumuman permainan tersebut di TGS 2017.

Sohor Kini