Bersempena dengan pelancaran Okami HD pada 13 Disember ini sebagai permainan pernambah-baikkan di Playstation 4, Xbox One dan PC, Capcom tampaknya akan melancarkan Amaterasu sebagai ‘Courier’ di dalam permainan Dota 2 melalui Steam Workshop permainan tersebut.
Melalui Steam Workshop, pemain berupaya untuk mengundi bagi memasukkan watak Amaterasu tersebut sebagai ‘Courier’ rasmi bagi permainan Dota 2. Tindakan ini adalah satu promosi terbaik memandangkan permainan Okami HD juga bakal dilancarkan tidak lama lagi
Namun, fungsi ‘courier’ di dalam hanyalah digunakan sebagai penghantar barangan sahaja di dalam permainan Dota 2 tersebut. Walaubagaimana pun bagi anda yang berminat untuk menggunakan Amaterasu secara rasmi sebagai courier, anda boleh mengundi di dalam laman rasmi Dota 2 Steam Workshop dan berpeluang untuk memastikan Amaterasu tiba ke permainan tersebut secara rasmi.
[info] Steam Workshop : Amaterasu [/info]