Capcom akhirnya membuka pra-tempahan bagi permainan Okami HD di PSN Store dan Steam. Permainan tersebut bakal tiba 13 Disember ini.

Seperti yang dilaporkan di artikel yang lepas, Okami HD ini akan menawarkan bentuk permainan sama seperti permainan asal yang dilancarkan pada 2006 yang lepas – tetapi turut hadir dengan sokongan resolusi 4K, serta penambah-baikkan grafik lain.

Bagi anda yang membuat pra-tempahan di PSN Store, Sony Interactive Entertainment akan menyertakan dua tema khas Playstation 4 bersama permainan tersebut. Okami HD berharga RM85 bagi Playstation 4 manakala di Steam, Okami HD berharga RM45.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bermain semula permainan klasik ini dengan resolusi HD pada 13 Disember ini.

Pra-Tempah PSN : Okami HD

Pra Tempah Steam : Okami HD

Sohor Kini