Ketika EVO 2017 Julai yang lepas, ARIKA pembangun permainan perlawanan seperti Street Fighter EX mengumumkan permainan perlawanan terbaru oleh mereka. Kini mereka akhirnya mengumumkan nama rasmi bagi permainain tersebut iaitu Fighting EX Layer. Buat masa ini, ARIKA menyatakan permainan ini bakal tiba di Playstation 4 sahaja.
ARIKA juga mengumumkan bahawa permainan ini akan diadakan Beta terbuka selama dua minggu bermula 11 Disember ini. Beta tersebut bakal menyertakan enam watak yang diboleh mainkan iaitu Garuda, Skullomania, Kaira, Darun Mister, Shirase dan Allen Snider. ARIKA juga menyatakan demo bagi permainan ini boleh dimainkan oleh ketika Playstation Experience pada Disember ini.
Fighting EX Layer dirancang untuk dilancarkan secara global pada 2018 ini.