Informasi Permainan Video Terkini
Kerjasama Antara Capcom Dan Red Bull Akan Menyertakan Kostum Khas Rekaan Red Bull Di Permainan Street Fighter V

Kerjasama Antara Capcom Dan Red Bull Akan Menyertakan Kostum Khas Rekaan Red Bull Di Permainan Street Fighter V

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Minggu ini, Red Bull dan Capcom mengumumkan kolaborasi antara mereka dengan menyertakan kostum rekaan khas Red Bull buat permainan Street Fighter V secara esklusif di Playstation 4 bermula hari ini.

Terdapat 16 jenis kostum yang boleh pemain dapatkan dengan membeli minuman tin Red Bull yang bertemakan Street Fighter V. Setiap pembelian tin minuman tersebut akan disertakan kod yang mana pemain boleh menebus di laman rasmi Red Bull dan mendapatkan satu lagi kod untuk pemain menebuskan di Playstation Store. Namun, setiap satu tin minuman hanyalah boleh menebus satu kostum sahaja. Jika anda ingin mendapatkan kesemua kostum tersebut, anda perlu membeli 16 tin minuman Red Bull.

Namun buat masa ini, Red Bull tidak menawarkan tin minuman Red Bull bertemakan Street Fighter V ini di Malaysia. Dengan Capcom Cup yang bakal berlangsung ketika Playstation Experience 2017 ini dan juga ulang tahun permainan Street Fighter ke-30, Capcom mungkin akan mengumumkannya pada masa akan datang.

Baru-baru ini Capcom juga mengumumkan berkenaan Street Fighter V: Arcade Edition yang mana mereka berkongsi informasi lanjut berkenaan mod Arcade permainan tersebut.

Street Fighter V: Arcade Edition akan dilancarkan di konsol Playstation 4 dan PC pada 16 Januari 2018. Bagi mereka yang mempunyai permainan teras Street Fighter V, kemaskini Arcade Edition akan disertakan bersama sebagai kemaskini percuma.