Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman Street Fighter V: Arcade Edition bulan lepas, Capcom hari ini berkongsi informasi lanjut mod Arcade bagi permainan tersebut termasuklah bentuk permainan bersama Bonus Stage kini bakal kembali bersama dengan kemaskini tersebut.

Pemain juga berpeluang untuk memilih sebilangan jalan mengikut siri permainan Street Fighter sebelum ini yang mana pemain juga boleh memilih musuh yang mempunyai tahap kesukaran yang berbeza sekaligus pemain berupaya untuk memperoleh markah yang berbeza mengikut tahap kesukaran yang dipilih oleh pemain.

Untuk sebilangan jalan permainan juga, pemain juga berpeluang untuk bermain Bonus Stage seperti permainan asal Street Fighter sebelum ini dengan menghancurkan tong dan sebagainya. Capcom juga mengumumkan bahawa mod Arcade tersebut akan menyertakan sehingga 200 pengakhiran yang berbeza bersama pelbagai ilustrasi yang menarik dimana pemain boleh mendapatkannya dengan menghabiskan mod Arcade tersebut.

Street Fighter V: Arcade Edition akan dilancarkan di konsol Playstation 4 dan PC pada 16 Januari 2018. Bagi mereka yang mempunyai permainan teras Street Fighter V, kemaskini Arcade Edition ini akan disertakan bersama sebagai kemaskini percuma.

Leave a Reply