Pada Julai lepas, 2k mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan gusti, WWE 2k18 di Nintendo Switch, kini akhirnya 2k mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut dimana ia mula dilancarkan hari ini pada 6 Disember. Permainan ini akan dijual secara fizikal dan juga digital.

Menurut 2k, permainan tersebut bakal menyertakan segala mod permainan dan fungsi permainan yang dilancarkan di konsol-konsol lain. Ia juga akan menyertakan kandungan tambahan bagi mereka yang membuat pra-tempahan dan kandungan tambahan DLC pada masa akan datang.

Namun, bagi mereka yang ingin membeli permainan ini secara digital, 2k menyatakan bahawa permainan ini memerlukan ruang storan minima mikro-sd sehingga 32GB dan juga tambahan storan dalaman 1GB. Tampaknya bagi mereka yang tidak mempunyai ruangan storan mikro-sd yang besar perlu membeli permainan ini secara fizikal untuk bermain permainan tersebut melalui katrij permainan.

Bagi anda yang berminat untuk membeli permainan ini, anda boleh mendapatkannya dimana-mana pengedar rasmi permainan tersebut ataupun secara digital di Nintendo eShop melalui Nintendo Switch.

Sohor Kini