Permainan WWE2K18 Bakal Hadir Ke Nintendo Switch

Nintendo hari ini mengumumkan yang mana permainan gusti popular terbaru, iaitu WWE2K18 akan hadir ke konsol Nintendo Switch tidak lama lagi, sekaligus membawa kembali siri gusti popular berkenaan ke platform milik Nintendo setelah sekian lama menghilang.

WWE2K18

Melalui pengumuman ini, seperti biasa ia ditekankan yang mana pemain boleh menikmati permainan ini bukan sahaja diruang tamu melalui televisyen, tetapi membawa ia bersama-sama untuk dimainkan dimana-mana.

WWE2K18 akan dilancarkan pada PS dan Xbox pada 17 Oktober kelak. Ia tidak diumumkan bilakah versi Nintendo Switch ini akan dilancarkan.

Sohor Kini