Informasi Permainan Video Terkini
Anda Kini Boleh Dapatkan Permainan Tekken 7 Pada Harga Diskaun Melalui Promosi Bulanan PSN

Anda Kini Boleh Dapatkan Permainan Tekken 7 Pada Harga Diskaun Melalui Promosi Bulanan PSN

Diterbitkan pada Dis 4, 2017 oleh .

Anda kini boleh dapatkan permainan Tekken 7 untuk konsol Playstation 4 pada harga serendah RM143.4o. Kebiasaannya, permainan ini ditawarkan pada harga mencapai RM239 untuk versi digital. Jika anda melanggani Playstation Plus, anda boleh membeli permainan tersebut dengan harga RM131.45 sahaja.

Tambahan juga, Sony juga menyertakan bersama promosi bagi pas musim bagi permainan Tekken 7 dengan harga hanya RM60 daripada harga asalnya RM100. Bagi pelanggan Playstation Plus, pas musim tersebut akan berharga RM55.

Dengan pelbagai pengumuman yang diumumkan serta ketibaan watak Noctis buat permainan Tekken 7, ini merupakan peluang yang sangat menarik untuk anda dapatkan permainan ini bersama pas musim permainan tersebut untuk mendapat segala kemaskini DLC pernambahan permainan tersebut pada masa akan datang.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan Tekken 7 bersama pas musim permainan tersebut dengan harga yang murah bermula hari ini sehingga 31 Disember ini.

Promosi Bulanan PSN : Tekken 7