Skip to main content

Take-Two hari ini mengumumkan bahawa permainan LA Noire: VR Case File, iaitu mod permainan realiti-maya daripada permainan LA Noire yang dirancangkan untuk dilancarkan pada 14 November ini ditangguhkan ke Disember ini.

Menurut Take-Two di laporan pendapatan mereka, permainan tersebut asalnya dirancang untuk dilancarkan di HTC Vive pada minggu hadapan ditangguh ke Disember. Namun, Take-Two tidak menyatakan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut. Asalnya permainan tersebut bakal dilancarkan bersama dengan permainan pernambah-baikkan LA Noire yang mana bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 14 November ini.

LA Noire: VR Case Files merupakan permainan realiti-maya yang diperkecilkan dari permainan asal LA Noire dengan memfokuskan 7 kes utama dari permainan tersebut dalam bentuk realiti-maya.

LA Noire adalah permainan aksi detektif yang dilancarkan oleh Rockstar pada 2011 yang lepas. Ketika itu, ia hanya ditawarkan untuk PC, Xbox 360 dan juga PlayStation 3. Kini, Rockstar Games mengumumkan yang mana permainan in bakal hadir untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 14 November ini.

Leave a Reply