Lanjutan daripada pengumuman permainan My Hero Academia: One’s Justice yang diumumkan minggu lepas, Bandai Namco hari ini akhirnya melancarkan laman rasmi permainan tersebut dengan sebilangan gambar paparan skrin bentuk permainan tersebut dan juga memaparkan beberapa visual kunci permainan tersebut.

Buat masa ini, terdapat dua watak yang diumumkan oleh Bandai Namco iaitu Izuku Midoriya (Deku) iaitu watak utama bagi siri anime My Hero Academia dimana beliau mempunyai kuasa One For All yang diwarisi oleh adiwira All Might. Watak kedua yang diumumkan adalah antagonis Tomura Shiragaki yang mana beliau dikatakan merupakan ketua bagi League of Villains.

Bandai Namco menyatakan permainan My Hero Academia: One’s Justice akan dilancarkan di Playstation 4 dan Nintendo Switch yang mana ia bakal memfokuskan permainan aksi perlawanan yang pemain berupaya untuk memusnahkan kawasan permainan.

Bandai Namco juga akan berkongsi video trailer pertama bagi permainan tersebut pada acara Jump Festa 2018 bermula 16 hingga 17 Disember ini di Jepun.

Sohor Kini